NADI X MAHIR MASAK: SHORT LEARNING SERIES – CITARASA NYONYA: AYAM INCHAE KAY BIN & CUCUR BAWANG ISTIMEWA JULAI 2026
28 Julai 2026 | Aktiviti TerkiniPada 27 Julai 2026 (Isnin), seramai dua orang peserta lelaki daripada komuniti setempat telah hadir ke NADI Bengoh bagi menyertai Program Saringan Kesihatan Percuma: MenWELL di bawah Perkhidmatan Pintar NADI WellBeing yang bermula pada jam 11.30 pagi.
Pada 28 Julai 2026 (Selasa), seorang peserta daripada komuniti setempat telah menyertai program Mahir Masak: Short Learning Series – Citarasa Nyonya yang berlangsung di NADI Bengoh dari jam 3.00 petang hingga 4.00 petang, melalui siaran YouTube Studio NADI Mahir. Sesi pembelajaran ini menampilkan perkongsian oleh Chef Florence Tan bersama Cikgu Ros, yang berkongsi teknik dan kaedah penyediaan hidangan tradisional Peranakan.
Sepanjang sesi, peserta didedahkan dengan langkah-langkah penyediaan dua menu istimewa, iaitu Ayam Inchae Kay Bin dan Cucur Bawang Istimewa. Penerangan yang jelas mengenai pemilihan bahan, teknik memasak serta petua menghasilkan hidangan yang enak dan autentik telah membantu peserta menambah pengetahuan serta meningkatkan kemahiran dalam penyediaan masakan tradisional.
Program ini turut memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari keunikan warisan kulinari masyarakat Peranakan serta menghargai kepelbagaian budaya melalui penyediaan makanan. NADI Bengoh berharap penganjuran program seperti ini dapat terus memperkasakan kemahiran komuniti dalam bidang kulinari, di samping memupuk minat terhadap penyediaan masakan tradisional yang berkualiti dan bernilai warisan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: